Saturday, 15 December 2012

Gaya Hidup Sihat ^.^

Assalammualaikum,saya menjemput anda untuk membaca blog sya.....Selamat membaca yer...... ^.^


Fakta 1#

Kehidupan yang bahagia,selamat dan sihat sememangnya merupakan impian kepada semua orang. Untuk mencapai impian tersebut, pengalaman gaya hidup sihat merupakan langkah yang wajar dipraktikkan. Rakyat negara ini kini sedar akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai cara hidup bagi membolehkan impian untuk bahagia,selamat,dan sihat tercapai.Persoalannya,apakah cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat???

Fakta 2#

Perkara yang paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat ialah pemakanan seimbang. Hal ini meliputi      
pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita perlu makan nasi dan bijirin yang mengandungi karbohidrat dalam kualiti yang banyak. Hal ini demikian kerana karbohidrat membekalkan tenaga untuk membolehkan kita menjalankan pelbagai urusan kehidupan sehari-harian. Pengambilan sayur dan buah yang banyak pula penting untuk membekalkan vitamin dan serat kepada badan. Di samping itu, piramid makanan menganjurkan pengurangan makanan yang mengandungi lemak,minyak,garam dan gula kerana mengelakkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetis,darah tinggi,serangan jantung dan sebagainya.Dibawah adalah gambar buah-buahan yang sihat dan sebagainya..
Pisang mengandungi vitamin A
Tembikai mengandungi vitamin A
Strawberi mengandungi vitamin C
Oren mengandungi vitamin A dan C
Betik pula mengandungi vitamin C
Epal pula mengandungi vitamin A,B,C


                                                 Tip Gaya Hidup Sihat
Gambar diatas merupakan tip gaya pemakanan yang sihat.sila amalkannya...

Diatas adalah gambar piramid makanan."Makan Secara Sihat,Sihat Sepanjang hayat".

Untuk badan yang sihat,sila amalkan berjogging,berenang atau sebagainya..


Sila amalkan amalan gaya hidup sihat. Jadilah Seperti Saya! Sihat sepanjang Hayat....


*Ingat
Sila amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang seimbang.

Setakat ini sahaja yang dapat saya tuliskan,saya berharap anda akan mengamalkan gaya hidup sihat dan harap anda akan membacanya dengan tenang.. Assalammualaikum.... ^.^

  

  

No comments:

Post a Comment